Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
Waalaahu a'lam
Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi ridha, dan tekanan hidup akan terasa ringan....
Monday, June 13, 2011
Pengalaman Untuk Renungan Kita Bersama

Hari ni ana rasa mcm ana nak kongsi salah satu kisah, atau pengalaman dari seorang hamba Allah ..InsyaAllah..ana cuba berkongsi kisah ini dengan semua...first kita tgh firman Allah dalam Al-Quran :
وَجَاءتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ
Maksudnya: "Dan telah datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya." (Qaf : 19)
فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya :"Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." (al-A'araf : 34)
Jadi x de sapa boleh lari dari maut..Dan Persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?? Sudah Cukupkah Amalan Kita untuk melayari kehidupan di dunia lain ??
cerita yang diceritakan dengan saya begini katanya:
" Korang pun dah tgk kan betapa siksanya jasad akk malam tu ... sakitnya hanya Allah je yg tahu ...time tu la akk terfikir segala kesalahan akk atas muka bumi ni lagi2 kat Allah...saat tu akk nak menjerit akk nak minta maaf dgn semua org yg akk kenal... mungkin siksa mati disebabkan akk pernah buat dosa dan silap dengan semua tu sebab siksa mati akk mcm tu, mungkin ada antara mereka yg x ampunkan dosa akk kat dia..tapi time tu nak patah balik pun x boleh.... 3 minit tu adik2 akk dah mcm 30 hari dah..mcm2 yg akk nampak..mcm2 yg akk lalui selama 3 mnit tu.,
Tapi Alhamdulillah ..syukur kepada Allah dengan nikmat kebesaraNYA ..akk dah diberi peluang kedua untuk bernafas...sejak dari hari tu..akk minta maaf kalau korg rasa akk dah berubah sebab bagi akk peluang kali ni yg Allah bagi akk x nak sia2 kan dah..Dunia ni hanya tempat persinggahan je dan yg penting adalah tempat kita nak cari amal untuk bekalan kita di alam barzakh nanti dan tentunya di Padang Mahsyar .. tapi akk haran n always berdoa supaya akk dapat jumpa dan bersama dgn org2 yg akk syg dalam syurga nanti .InsyaAllah..Jadi dekat sini akk harap korg kuat utk menyelusuri apa je dugaan badai kehidupan ni .. Akak rasa kalau lah akk dah dimandikan,dikapankan ,disembahyangkan dan dikebumikan mungkin time mmg dah x de peluang lagi akk nak tgk dan bernafas atas muka bumi ni.. itu baru siksa keluah roh dari jasad..mcm mana dengan cerita org yg sakit kita bila kena mandi , tersentuh sikit pun dah terseksa mayat kita ... mcm mana dengan pertanyaan dalam kubur nanti, dapat ke kita nak jawab ..Ya Allah , akk x tau nak ucap syukur mcm mana lagi dengan Allah" ...
Itulah cerita akk tu ..n then kat sini saya nak kongsi sedikit ttg saat kematian yg selalu ditulis mahupun didengar :
Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan....
Sunday, June 12, 2011
Ujian Memberi Seribu Erti .....
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa raga serta hasil tanaman.Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Iaitu orang-orang yang apabila di timpa sesuatu kesusahan mereka berkata,sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itulah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk serta hidayahNya."
Ujian adalah satu wasilah daripada rantaian wasilah yang mampu menghubungkan kita untuk mencapai tahap kematangan.Kematangan dari sudut fikrah,ilmu,bentuk fizikal,keimanan,dan seumpamanya.Sememangnya manusia yang mengakui hakikat kewujudan Allah tidak akan terlepas dari sifat bergantung harap pada pertolongan Allah.Sekalipun manusia pada adatnya seringkali lupa untuk menunaikan suruhan Allah,namun apabila ditimpa musibah kita akan kembali memperbaharui iman.Semuanya seolah-olah bertujuan untuk mengampu supaya Allah menunaikan atau melepaskan kita daripada ujian tersebut.Tidak dinafikan ada di antara kita apabila ujian datang menjengok kita akan kembali menangisi kedhaifan diri.Ujian itu sebenarnya wasilah untuk kita sentiasa merapatkan diri kepada Allah.Bahkan ada segolongan manusia yang terlalu rindu atau dalam erti kata lain berharap agar Allah sentiasa memprogramkan dirinya dengan ujian dan musibah yang berbagai,lalu bagaimanakah sebenarnya fikrah atau tahap keimanan manusia seumpama itu.
Kita imbas kembali perjalanan umat terdahulu yang merupakan satu tamadun yang amat dibanggakan,empayarnya meluas menguasai dunia.Bagaimana tahap keimanan yang mereka miliki natijah daripada meredahi semak samun ujian yang bertebaran dalam perjuangan mereka. Sebagaimana kisah Ummahatul Mukminin meminta bahagian mereka dalam harta rampasan perang,maka turunlah ayat yang memberikan pilihan sama ada kesenangan dunia ataupun janji dari Allah.Berbekalkan keimanan yang tidak berbelah bagi,isteri-isteri Baginda Sallallahu'alaihiwasallam sanggup memilih untuk hidup dalam keadaan serba kedhaifan,kerana dalam keadaan seumpama itu mereka akan sentiasa mengingati Allah.Kesusahan yang mereka tanggung mematangkan keimanan mereka kepada Allah. Begitu juga dengan Puteri Baginda,Isteri kepada Saidina Ali,pernah suatu hari Baginda menziarahi puterinya,terlihat kesan-kesan calar pada tangan Saiditina Fatimah.Beginilah kehidupan puteri kepada pemimpin yang teragung di alam ini.Bukankah Baginda Sallallahu'alaihiwasallam punya kuasa untuk memberikan kesenangan dunia kepada puteri tunggalnya?Kenapa kesusahan dan kepayahan juga yang menjadi pilihan Baginda.Justeru mereka yakin dengan janji Allah.Hati mereka sentiasa mengharapkan keredhaan Allah,sekalipun pelbagai ujan ditimpakan kepada mereka.Apabila musibah kian mengundurkan diri,maka terbit dari diri manusia satu kepuasan.Rasa diri sudah dikurniakan satu kemuliaan oleh Allah,lantas mula lupa diri,jarang yang mampu bersyukur kerana itulah tabiat manusia.
Sebagaimana Firman Allah dalam surah Saba' ayat 13 yang bermaksud:" Terlalu sedikit dikalangan hambaKu yang bersyukur." Bahkan ada di antara kita yang terus hanyut dalam kesenangan yang sementara ini.Tanpa disedari sebenarnya segala nikmat itu adalah ujian daripada Allah.Bertebaranlah kita di atas muka bumi ini dengan penuh kesombongan,setelah kita dulu benar-benar tersepit lalu Allah jua yang menyelamatkan kita.Ujian seumpama inilah yang paling ditakuti oleh Rasulullah menimpa ummatnya,sehinggalah kesusahan itu menjadi sebahagian dari kehidupan Baginda.
Sudah menjadi adat manusia yang benar-benar beriman akan dirintangi dengan berbagai tribulasi,antaranya syaitan yang sentiasa menipunya,nafsu yang sentiasa mengajak kepada keburukan,dunia yang menggodanya,manusia yang dengki kepadanya,dan kawan yang sentiasa melalaikannya.Bergembiralah bagi orang yang berjaya menghadapi semua itu,lantaran tidak akan berkumpul dua kesusahan dan tidak akan berkumpul dua kesenangan.
Sebagaimana Firman Allah dalam surah At-Thalak ayat 7 yang bermaksud: "Orang-orang yang berada dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa,Allah akan memberi kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." Seandainya kita susah hidup di dunia ini dengan melakukan ketaatan kepada Allah,menghadapi ujian dan rintangan daripada Allah akan menatijahkan kesenangan hidup di akhirat kelak,namun seandainya kita senang di dunia ini dengan melanggar perintah Allah dan mengikut hawa nafsu maka natijahnya akan susahlah hidup kehidupan kita di akhirat kelak.
Justeru itulah ujian-ujian ini sebenarnya satu program untuk terus meningkatkan keimanan kita kepada Allah.Bergembiralah orang-orang yang sentiasa diuji oleh Allah,andai kita sentiasa mempositifkan fikrah kita bahawa ujian ini hanyalah wasilah dalam menuju keredhaan Allah,itulah kemenangan yang mutlak disisi Allah.Lantaran setiap kali dikunjungi musibah setiap kali itulah kita akan kembali mendapatkan Allah.Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya," Wahai anakku,dunia ini ibarat lautan yang dalam,ramai manusia yang tenggelam didalamnya.Jadikanlah taqwa sebagai bahteramu,iman sebagai penumpang dan tawakal sebagai layarnya,semoga engkau beroleh kejayaan..."
Wallahua'lam..

Dunia..( Part 1 )
Hari ini 12/6/2011..Alhamdulillah Allah masih beri nafas dan ruang untuk aku hidup di atas muka buminya untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.. Untuk di ingat semula kisah-kisah silamku banyak yg telah aku tempuh .Syukur Alhamdulillah apa yg terjadi selama hari ni adalah merupakan sebuah pengalaman yg berharga yang membuatkan aku lebih kuat dan matang..teringat sebuah kata2
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."..Kata2 ni yang banyak menjadi perangsang untuk aku terus kuat dalam melayari bahtera kehidupan dunia...Dugaan datang bertimpa2 ..tapi aku tahu aku kena kuat untuk org2 yg aku syg ...

Subscribe to:
Posts (Atom)