I made this widget at MyFlashFetish.com.

Me N Him

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 15, 2011

Cinta ...


Adakah Anda Tahu?

Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan..
Dua tangan untuk memegang..
Dua telinga untuk mendengar dan,
Dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita.. Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada SESEORANG untuk kita mencarinya Itulah namanya CINTA... Moga cinta kita yang paling agung hanya pada-NYA YANG ESA,
disamping cinta kita pada makhluk-NYA. =)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Yaasin : Ayat 36)

Dapat kita fahami dari firman Allah ini, setiap 'apa', 'siapa', 'kejadian', mahupun 'sifat' di muka bumi ini telah diciptakan berpasang-pasangan oleh-Nya. Laksana hitam dan putih, senang dan susah, lapang dan sempit, kaya dan miskin, muda dan tua, hidup dan mati, kejayaan dan kegagalan, kedua tangan dan kaki kita, pancaindera kita, lelaki dan wanita. Bahkan dalam penciptaan manusia itu sendiri pun dapat dilihat hukum berpasang-pasangan ini. Cuba lihat, benih manusia iaitu sperma juga dipasangkan bersama dengan ovum (telur), untuk berlakunya persenyawaan. Otak kita ada dua hemisfera (cerebrum), paru-paru kita ada dua belah (kiri dan kanan), jantung kita terbahagi dua (kiri dan kanan), hati (liver) juga begitu. Samalah juga dengan buah pinggang kita.

Kenapa Allah jadikan sesuatu itu berpasang-pasangan? Wallahu'alam, hanya Allah yang lebih Mengetahui akan tadbir dan taqdir penciptaan alam ini. Yang pasti, tentu saja bagi-Nya Dia lebih tahu jika sesuatu itu berpasangan, ianya lebih baik buat kita, iaitu hamba-hambaNya.

Lihat saja pada fitrah manusia. Terlalu banyak betulnya hukum berpasangan Allah ini, jika kita teliti di setiap sudut kehidupan kita ini. Perasaan kasih itu memerlukan seorang lagi individu untuk mendapat 'sayang'nya. Begitu juga dengan perasaan mencintai dan dicintai, ataupun lebih dikenali dengan 'sense of belongings'. Manusia punya fitrah semulajadi dalam keharuan perasaaannya. Ada rasa cinta dalam dirinya yang ingin diberi pada seseorang, namun dalam masa yang sama dirinya juga mendambakan perasaan 'cinta' itu daripada seseorang.
Manusia akan merasakan cinta bila mana dirinya keseorangan? Ya, dia juga insan yang bolehuntuk mem'beri' cinta itu pabila dia hanya cuma seorang. Fitrah manusia memang begitu, memerlukan seseorang buat menjadi pasangan hidupnya.
Tiada siapa di dunia ini yang pantas untuk bensendirian, sehinggakan jika kita lihat ada orang yang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya semata-mata demi pasangannya.{ Adakah saya macam tu ??? kena tanya my dear utk jawapan tu } tapi kalau jawapan saya senang je Apa pun yang saya lakukan untuk dia hanya berniatkan Allah s.w.t ... Selagi ianya tak menyalahi hukum syarak dan melanggar perintah Allah, tak de sapa yang boleh nak cakap bukan2....Jangan suka hukum orang sebab kita tak tahu apa perasaan manusia lain ..

No comments:

Post a Comment